Khamis, 4 Disember 2014

Perkongsian ilmu: SATU.

Perkongsian ilmu: SATU.
====================

1. Tanaman syurga ialah zikr;

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

- Setiap kali dibaca kesemua zikr ini sebanyak satu kali maka telah ditanam di dalam syurga satu pohon untuknya. Kemudian jika anda mahu akhirkan zikr itu, tambahlah dihujungnya في كل لحظة أبدا عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته. Dalil zikr di atas saya letakkan di bahagian komen.

2. Kisah Nabi Sulaiman عليه السلام dengan seorang petani.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman عليه السلام keluar dari istananya dengan menggunakan jalan udara. Baginda terbang dibawa angin yang diarahkan oleh Allah untuk tunduk kepada perintahnya. Baginda terbang dan melalui tempat seorang petani yang sedang berada di kebunnya.

Ketika petani itu melihat Nabi Sulaiman di udara, dia berasa kagum dan berkata: "سبحان الله !! Sesungguhnya anak Daud ini (Nabi Sulaiman) telah dikurniakan kerajaan yang hebat."

Ucapan petani itu telah disampaikan angin sehingga Nabi Sulaiman mendengarnya, lantas Baginda terus memerintahkan angin untuk turun ke tempat petani tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya; "Apa yang kamu ucapkan sebentar tadi ketika melihat aku wahai pemuda?." Petani itu menjawab; "Aku hanya mengucapkan; "سبحان الله !! Sesungguhnya anak Daud ini (Nabi Sulaiman) telah dikurniakan kerajaan yang hebat."

Nabi Sulaiman pun berkata; "Demi Allah yang menguasai diriku, sesungguhnya ucapanmu "سبحان الله" itu adalah lebih baik dari apa yang dianugerahkan kepadaku ini."

3. Ibadah itu dipelbagaikan jenisnya agar manusia tidak berasa bosan di dalam melakukannya. Sebagai contoh; zikr itu ibadah, membaca al-Quran itu ibadah, berfikir tentang kebesaran Allah itu ibadah, berkata yang baik itu ibadah & banyak lagi. IBADAH itu adalah AMAL.

- Sungguh, Allah Maha Baik.

4. Di dalam surah al-Mulk ayat 2, Allah menyatakan DIA menciptakan mati & hidup itu adalah untuk menguji siapa di kalangan para hamba-Nya yang BAIK AMALANNYA (الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا), BUKAN yang banyak amalnya. 

- Di sini dapat difahami tentang pentingnya AMALAN yang BERKUALITI; walaupun amalnya sedikit akan tetapi ikhlas & berterusan itu lebih disukai Allah. Apapun jika amalannya banyak & ianya berkualiti maka itu yang terbaik.

5. Rasulullah صلى الله عليه وسلم gembira jika surah al-Mulk ini berada di dalam hati setiap umatnya (baca & hafaz).

6. Surah ini boleh diamalkan pembacaannya di waktu pagi, selepas Maghrib, selepas Isya' & sebelum tidur.

7. Ziarahlah kubur & ambillah ibrah dari ziarah itu. Persiapkan kuburmu dengan bangkit waktu sahur untuk beribadah, menangis kerana Allah, jauhi maksiat, lakukan amalan taat dll.

# Nota mafhum dari kuliah Hubabah Nur (zaujah Habib Umar Benhafidz) di as-Sirajul Munir, 28/11/14 Jumaat.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan