Ahad, 7 Disember 2014

Kalam2 Habib2/Ulama/Murobbi - sebagai peringatan.


"Barangsiapa meremehkan adab, maka dia akan meremehkan sunnah. Barangsiapa yang meremehkan sunnah, maka dia akan melalaikan kefardhuan." - [Ahli Hikmah]


MasyaAllah, antara guru & anak murid serta senyuman mereka...



28/11/14 : Maulid Bulanan MTDMᴴᴰ bersama Al-Habib Umar bin M…: http://youtu.be/4RyE70YiQ6Q
share dari link fb ~Cinta Rasul (GENG Usrah)

Jadilah kamu di dunia ini umpama orang asing atau orang yang sedang melintasi tempat persinggahan. Ketika di dunia ini R&R.


Ini dunia yang ada penuh dengan pelbagai macam yang menarik perhatian kita. Contohnya, orang kalau hari raya balik kampung pergi singgah R&R. Adakah dia akan duduk lama di situ ? Tidur di situ ? Pasang khemah di situ ?


Ini dunia hanya kamu singgah untuk melintasi sahaja(Melintasi menuju ke akhirat). Dengan menggunakan hartanya, kerjanya, jawatannya, keluarganya dan apa sahaja. Itu semua R&R tak lebih daripada itu.

Dan kedua seakan-akan orqng asing. Orang kalau bermusafir berbeza dengan orang yang berpindah. Orang yang akan bermusafir akan bawa bekal secukupnya. Tak akan bawa bekal berat-berat. Seboleh mungkin nak diringankan. Kalau biasa pakai baju sehari sekali ini kalau bermusafir satu baju dipakai untuk dua hari. Seboleh-bolehnya diringankan.



Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

"Nikmat yang dikurniakan boleh sahaja dicabut bila-bila masa disebabkan banyaknya maksiat yang kita lakukan. Namun, maha pengasih Allah terhadap hamba-Nya, ditangguhkan balasan tesebut bagi memberi ruang untuk kembali bertaubat. Maka, syukurilah dan hayatilah setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita. Hendaklah anda (sebagai penuntut ilmu) mahirkan diri dan bijak dengan bidang yang ada ceburi."

"Anda di kemudian hari akan berjaya menjadi jurutera yang mensucikan hati, peguam yang mensucikan hati, doktor yang mensucikan hati, apa jua kerjaya yang kalian hajati akan dikira berjaya apabila anda mensucikan hati (tazkiyatun nafs). Pada masa itu, Islam akan berjaya di tangan mereka yang mentarbiah hati, mendidik jiwa dan membersihkan diri."



(Ad-Dai Ilallah Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al-Jufri)
share dari link fb ~Jom Dakwah Bersama Ulama

ALMUSNID AL-ARIF BILLAH ALHABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ berkata:


“Mau menolak bala? Tolaklah bala dengan sedekah. Sungguh sesuap sedekah itu menolak bala dan musibah. Rasulullah bersabda: “Bersegeralah kalian bersedekah di pagi hari sebab bala apabila mau datang tidak dapat melompati dan mendahului sedekah Itu”.


Disebutkan oleh Alhabib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf bahwa diantara orang-orang baik kaum shalihin yang ada di kota Seiwun mereka sudah siapkan sedekah mereka dari malam,


Ketika masuk Subuh gitu dia udah pesan sama orang rumah untuk dikeluarkan, begitu adzan Subuh dikeluarkan sedekah tersebut. Kemudian kembali sehabis shalat Dhuha ke rumahnya setelah dia dari masjid.


Pernah satu kali diutus kepada beliau dari keluarganya bahwasanya anakmu itu dia terjatuh dan patah tulangnya.

Maka dia bilang kepada orang yang dikirim tersebut: “Bilang sama keluarga saya, coba dicek jangan-jangan sedekah yang tadi Subuh belum dikeluarkan. Kalau sudah dikeluarkan nggak mungkin bala’ musibah akan datang”.

Maka keluarganya bilang: “ iya betul kita lupa daripada sedekah yang harus dikeluarkan itu”.

Maka dia bilang: ”Sekarang segera keluarkan sedekah tersebut nanti sehabis shalat Dhuha kita lihat untuk kesembuhan anak tersebut bagaimana.

Maka datang kelembutan dari Allah Ta’ala dan anak tersebut pun menjadi sehat lagi.

(Disarikan dari Taushiyah Almusnid Habib Umar bin Hafidz pada acara HAUL Syekh Abubakar bin Salim di Cidodol, Ahad 16 Nopember 2014, yang diterjemahkan oleh Habib Jindan bin Novel bin Salim Jindan).



Dari: Majelis At-Thahiriyah

LIKE:

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)


Petikan Tazkirah Jumaat Syeikh Muhamamd Nuruddin Al Banjari Al Makki.


Kita ingin mengingati diri sendiri kita, dengan peluang hidup yang Allah beri, dengan amanah yang diberikan Allah itu merupakan tangungjawab yang dipertangungjawab ke atas kita di hari akhirat.


Sabda Baginda Nabi saw Tak akan melangkah kedua belah kaki anak kaki seorang hamba, melainkan akan ditanya 4 perkara, Ilmu pengetahuan dimana dia mempergunakan, masa remaja, kemana dia habiskan, umur kita, kemana kita gunakan, ilmu yang diberi, dengan cara apa kita laksanakan, dan Harta, dari mana dia dapat, dan kemana dia gunakan. 

Apakah kira ² , dengan masa yang amat suntuk, peluang yang sangat terhad, ternyata masa remaja kita dihabiskan dgn perkara yang sia ² . 

Islam tak larang kita bersukan, tak larang kita berhibur, tapi kita kena bijak. 

Kita ingin melahirkan generasi yang Nabi kata dalam hadith, pemuda yang menghabiskan masanya untuk ubudiyyah kpd Allah. Dengan Ibadahnya, dengan belajarnya, dengan hatinya, dengan kaki dan tangannya digunakan untuk mendapat redha Dari Allah ﷻ

Kemana masa remaja kita habiskan?

Kalau kita dapat mengawal nafsu dan mendidik diri ketika remaja, jaminannya naungan Arays di hari kiamat.

Jangan sampai waktu kita habis dengan perkara yang sia ² .

Tak ada amanah yang lebih besar dari amanah Allah ke atas pemerintah.

Ibu bapa kita adalah amanah yang Allah beri kpd kita, itu juga peluang untuk kita dapat kebahagaian yang abadi.

Didunia ada cabaran, didunia ada ujian tapi di akhirat adalah kekal abadi.

Ibu bapa kita amanah Allah kpd kita, utk kita taat, takzim, hormat, balasannya syurga yang abadi di sisi Allah.

Jangan sampai perbuatan kita mengecewakan Sayyiduna Rasulullah ﷺ

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi 
Menceritaakan kepentingan Ilmu diakhir zaman.


Imam ahmad pernah mengatakan, " Kamu memerlukan kepada ilmu lebih dari kamu memerlukan daripada makanan" Makanan hanya kamu perlu pada 2,3 kali sehari, tapi ilmu kamu memerlukan pada setiap saat.


Sahabat Tanya Rasulullah, bila nak kiamat Ya Rasulullah? Bila nak kiamat Ya Rasulullah, mereka Para Sahabat takut dipilih untuk menjadi golongan pada hujung ² akhir zaman. Tapi kita juga yang dipilih untuk berada pada akhir zaman tersebut.



Diantara pentingnya keperluan ilmu di akhir zaman ini, Nabi sebut, antara tanda kiamat itu, akan naiknya matahari dari sebelah barat. 

Kita sangat perlu kpd ilmu. Semua dikalangan kita tahu bila matahari naik sebelah barat, maka akan tertutup segala pintu taubat.

Orang yang beriman tapi baru nak memulakan ibadat, sudah tidak diterima Allah, orang tak beriman tapi cuba nak beriman, sudah ditutup pintu untuk beriman.

Perlunya kita kepada ilmu, untuk mengetahui, apakah tanda ² akan naiknya matahari sebelah barat?

Didalam Hadith Masyhur yang dipilih Al Imam ibn Kathir didalam kitabnya, seorang sahabat Bertanya kepada Nabi ﷺ , apakah tanda sebelum matahari naik ke sebelah barat? Nabi menyebutkan, malam kamu akan jadi panjang kira ² 3 malam.

Dalam riwayat lain, Malam kamu akan panjang sehingga kira ² dua malam.

Kedunya hadith sohih, Sebab mungkin ada sebahagian dunia mengalami 2 malam, sebahagian 3 malam yang panjang. Sebelum nk munculnya dajjal. Nabi cerita, Allah akan sekat hujan dari turun ke atas bumi. 

Pada tahun pertama selama 1/3 , pada tahun kedua 2/3. Kita baru ² ini, baru sebulan Allah sekat air, seluruh malaysia buat solat meminta hujan, kering, turun paras air di empangan. Itu baru sebulan, lalu Bagaimana pula kalau berbulan ² air hujan tidak turun?
share dari link fb ~Foto Foto Habaib

Sayyidi'l Habib Umar Bin Hafidz:
Dzikir untuk Anak atau keluarga:

Bagaimana kita mengobati anak atau keluarga yang tersesat (suka maksiat atau tidak taat pada Allah dan Rasulullah) serta keras kepala tidak mau menuruti nasehat orang lain/orang tua ? 

Kita mendoakan mereka agar segera mau menerima hidayah dari Allah dengan cara banyak membaca ayat ini:

وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Wa aṣliḥ lī fī dhurrīyyatī innī tubtu ilayka wa innī min al-muslimīn

berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (Al Ahqaf 15),

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbanā hab lanā min azwajinā wa dhurriyyatinā qurrata `ayun wa’ja’lnā lilmuttaqīn imamā

(Al Furqan 74. "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa").

share dari link fb ~Cahaya Kesaksian

:: RASULULLAH Melayan Kanak-kanak ::

1* Suatu hari pundak Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam ditunggangi oleh kedua-dua cucunya (Hassan dan Husein) ketika kecil. Ketika salah seorang sahabat Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam melihat situasi itu, berkata ia : 


"Sebaik2 yang kamu naiki adalah yang kamu berdua naiki ini (Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam )".


Mendengar kata2 sahabat itu, Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam tersenyum lalu bersabda, 


"Sebaik yang naik adalah kedua-duanya (Hussein dan Hassan)" 
- - -
2* Suatu ketika pernah Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam dan para sahabat diundang makan bersama, semasa di dalam perjalanan Baginda terlihat Hussein bersama bersama rakan2nya. Maka Rasulullah bergegas menuju ke hadapan mendahului sahabat2nya, lalu membentangkan tangannya. Husein dengan riang berlari kearah Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam .

Kemudian Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam mengangkat Hussein dan meletakkan tangannya Yang MULIA di dagu Hussein, Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam merangkul dan mencium nya kemudian berkata : 

"Hassan dariku dan aku darinya . ALLAH mencintai orang yang dicintai Hassan dan Hussein."
- - -
3* Ibnu ar-Rabi pernah meriwayatkan sewaktu beliau kecil, pernah seketika Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam mengambil air dari gayung lalu memasukkan air dalam mulutnya kemudian menyembur ke wajahnya. Setelah itu Baginda tersenyum sambil bergurau. Ketika itu Ar-Rabi berusia lima tahun.
- - -
4* Pernah Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam memanjangkan solat beliau sewaktu sujud, para sahabat bertanya, "Kenapa terlalu lama Engkau sujud, Ya Rasulullah, adakah terjadi penurunan wahyu?"

Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam berkata, "Tidak ada turunnya wahyu. Aku memanjangkan sujudku kerana cucuku menaiki bahuku. Aku tidak mahu percepatkan sujudku sebelum kemahuan cucuku dipenuhi."
- - -
1. Sahih Bukhari no.5825
2. HR At-Tabrani no. 7523
3. HR at-Tirmizi no. 1525
4. HR al-Bukhari no.6189
- - -
Perkongsian sahabat: 

Habib Umar kalau tgh buat ziarah 1 Tarim,ada budak main2,

Habib akan berhenti berarak, budak2 smua hormat Habib secara tersendiri. Habib bila ada budak2 main kt mjlis ilmu,habib akan panggil,duduk barisan depan sekali dan bagi coklat.. Last2 budak2 tu duduk dari awal majlis ilmu smpai habis. 

Takbir raya pun, Habib bagi budak2 yg alunkan takbir. 

Masya'Allah TabarakAllah. :')

 Allahumma Solli Wasallim 'alaa Sayyidina MUHAMMAD, Wa 'alaa Aliy Sayyidina MUHAMMAD 


share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)



Setiap masa, ummat islam mengingati tentang Rasulullah ﷺ .


Rasulullah ﷺ tak boleh lepas dari kehidupan kita setiap hari.


Tidak nama seseorang itu disebut kerap, melainkan orang itu adalah orang yang hebat. Tak sah azan kalau tak disebut Nama Nabi Muhammad, Tak Sah iqomat bila mana tak disebut Nama Nabi Muhammad, Tak Sah Solat, juga Tak Sah Iman dan islam jika tak disebut nama Nabi Muhammad ﷺ .

Nama Rasulullah sudah disebut sebelum Rasulullah lahir.

Nama Nabi Muhammad menjadi amanah kepada semua para anbiya' untuk mengingatkan ummat mereka tentang Nabi Muhammad ﷺ .

Yang susah hati bila perkara buruk menimpa kita Adalah Rasulullah ﷺ 

Rasulullah amat mencintai kita dan sungguh-sungguh nak menyelamatkan kita didunia dan akhirat.

Rasulullah mengatakan, saya ini kasih sayang yang dihadiahkan Allah kepada kita semua.

Allah berjanji tidak akan menurunkan Azab selagi Rasulullah ada ditengah tengah kita.

Ajarannya juga Rahmat, Rasulullah mengajarkan kita kasih sayang antara manusia dan semua makhluk Allah ﷻ .

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Hafidzohullah

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan