Jumaat, 20 Disember 2013

~Meletakkan 'sutrah' adalah sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam ketika bersolat~

share dari link fb ~ Poster Baik Punya

~Meletakkan 'sutrah' adalah sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam ketika bersolat~

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah 'sutrah'.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)

كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

Maksudnya: “Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)

بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

Maksudnya: “Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

3)

كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

ِMaksudnya: “Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4)

وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Maksudnya: “Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.”

(HR al-Bukhari dan Ahmad)

5)

صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

Maksudnya: “Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”

(HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6)

اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

Maksudnya: “Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”

(HR Muslim dan Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan