Rabu, 25 Disember 2013

Caramel choc moist cake

share dari link fb ~ Buku Resepi

Caramel choc moist cake
Resepi Asal Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Gambar Oleh:Suriea Noor

Sumber resipi : Nazziah Zie Jol
Resipi choc moist cake : Munira Baharum
( Boleh dikukus or steam bath bakar)

Cara membuat karamel:

Tabur 2 sudu besar gula pasir dalam loyang saiz 8 inci. Letakkan loyang atas dapur dan guna api kecil sahaja. Masak hingga gula cair dan kekuningan. Angkat dan ketepikan sehingga sejuk. Sementara itu sediakan lapisan kastad.

Cara membuat kastad (resipi asal):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor 
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur

Satukan semua bahan dan kacau perlahan2 jangan sampai berbuih. Tuang atas karamel yang dah sejuk dan kukus atau bakar secara steam bath (masukkan loyang berisi kastad ke dalam loyang lebih besar berisi air panas dan bakar) selama 15 minit. Sejukkan sebelum dimasukkan adunan kek atasnya.

Cara saya membuat kastad :
Saya gandakan resipi untuk kastad ni supaya lebih tebal dan sy ubah skit resipinyer mengikut citarasa sy sendiri..resipi asal guna telur kuning jer tp sy guna whole eggs (kuning dan putih telur) dan sy kurangkan sukatan gula..ni cara sy yer..

1 tin susu cair
3 biji telur grade B
60g gula castor
Sedikit esen vanilla..
Cara buat sama macam di atas. Saya tapis dahulu bahan2 yang digaul rata sebelum dimasukkan ke dalam acuan.

Cara membuat kek choc moist:

Bahan A:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (tak suka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (tak suka manis letak 1/2 cwn je dah ok)
1 cwn minyak masak (sy guna 3/4 cawan sj)

bahan B (diayak):
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

bahan C:
4 biji telur dipukul sedikit

Satukan bahan A dan masak atas api perlahan hingga sebati. Ketepikan biar sejuk. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A dan gaul hingga sebati. Bila adunan kastad telah sejuk, cucuk permukaannya perlahan2 dengan garfu dan tuangkan adunan kek di atasnya. Kukus atau bakar secara steam bath 50 minit hingga sejam hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya sebelum diterbalikkan atas bekas hidangan..

Selamat mencuba 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan