Jumaat, 27 Disember 2013

STRAWBERRY LAVA CHEESE CAKE (✿◠‿◠)

share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan
STRAWBERRY LAVA CHEESE CAKE (✿◠‿◠)


Bahan kek 

100g tepung hong kong(klu takde blh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk(dari peti ais)
75g mentega cair
1 sudu besar paste strawberi/pandan-klu x nak letak pun boleh.jadi kek span kosong je nnt.

Cara-cara :
-ayakkan bahan bertanda *
-campurkan semua bahan kecuali mentega cair.putar menggunakan mixer sehingga gebu dan baru masukkan mentega cair.sebatikan.
-bakar dalam oven pada suhu 150' selama 30minit atau hingga masak.

Bahan cream cheese :
250g cream cheese
120g susu pekat manis(blh adjust ikut selera)-klu x suka manis kurangkan
50ml UHT whipping cream
-campur semua bahan diatas dan gaul sebati.adunan ini memang cair.

Bahan hiasan :
1 buku(250g) cheddar cheese-diparut

Cara penyediaan :
-kek yang sudah masak tadi sejukkan dahulu dan bahagi kepada 2 kepingan.
-tuangkan separuh adunan cream cheese diatas kepingan pertama.lapiskan dengan kepingan kek yang kedua.tuang semua baki adunan cream cheese tadi.
-taburkan parutan cheddar cheese.

selamat mencuba.



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan