share dari link fb ~ sahabat Ramli - Rabaanasoft (dari group mencari ketenangan mutiara hikmah)
Renungan
SENYUM DAN TAWA DALAM TANGISAN..
Mampukah kita tersenyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan ?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian.
Jika kita mampu sekalipun
mungkin orang akan mengganggap kita TIDAK SIUMAN..
Bersedih tentu saja dibolehkan
tetapi
janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan..
Cuba amati
antara wajah orang yang
SENTIASA CERIA dan wajah orang yang SENTIASA MURUNG
dan perhatikan juga mereka yang SENTIASA TERSENYUM
dan mereka yang TAK PERNAH SENYUM
ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa.
Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan..
Wajah mereka yang ceria,
sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri
dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar..
Ada sesetengah dari kita bernasib baik
kerana dianugerahkan WAJAH SENYUM yang mana
kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum.
Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee".
Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.
Cuba kita perhatikan
orang yang dilanda masalah misalnya
dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah
Tentu sekali wajahnya kelihatan murung,
berserabut dan nampak tua dari usia sebenar..
Jika demikian
tidak boleh kah kita bersedih dan menangis ?
Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya.
Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya.
Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan
kita berada dalam keadaan demikian
dan selepas itu anda perlu BERBUAT SESUATU bagi meneruskan hidup.
Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup
sememangnya ada masalah
lalu menerima keadaan sedemikian
dengan tenang dan masih mampu tersenyum
sebenarnya mempunyai TINDAK BALAS LEBIH BAIK terhadap rawatan yang diberikan.
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan