Sabtu, 21 Disember 2013

KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA, MEMANAH DAN BERENANG (Bhg 2)

share dari link fb ~ Azwa AL-Hafiy

.:: Sempena Muhammadku Episod 11 ::. siaran tv3.


"RIADAH RASULULLAH SAW"


KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA, MEMANAH DAN BERENANG (Bhg 2)


~ MEMANAH MENGASAH KETAJAMAN FIKIRAN ~

“Sesungguhnya ALLAH ‘azza wajalla akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga lantaran satu anak panah; orang yang ketika membuatnya mengharapkan kebaikan, orang yang menyiapkannya di jalan ALLAH serta orang yang memanahkannya di jalan ALLAH.” Beliau bersabda: “Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kamu memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda.”
(AHMAD – 16699)

Hadith di atas menggambarkan betapa Rasulullah s.a.w sangat menganjurkan agar seorang muslim prihatin dengan persiapan untuk berjihad di jalan ALLAH. Memanah dan berkuda merupakan dua kegiatan yang terkait dengan hal itu. Dan seorang muslim perlu memiliki semangat untuk berjihad di jalan ALLAH. Mengapa? Karena Nabi s.a.w memperingatkan bahwa hilangnya semangat berjihad sebagai tanda hadirnya kemunafikan dalam diri.

Dengan memanah, kita dapat melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah S.A.W, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabrani dengan sanad yang baik)

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan ALLAH akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rabb (Tuhan) mereka bertawakal.

[Surah an-Anfal : Ayat 2] 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan