Jumaat, 27 Disember 2013

Cheese Tart ~

share dari link fb ~ Buku Resepi


Cheese Tart ~

Oleh:Zarina Rashid


BAHAN-BAHAN PASTRI


125g butter (saya guna marjerin jer)

63g gula halus (saya guna gula yg salut donat tu)

1 biji telur kuning

250g tepung gandum

1sudu makan air

1/2sudu teh esen vanila


FILLING

250g cream cheese (philadephia)

20g butter/marjerin

60g gula halus

1biji telur

jem blueberry/stoberi DLL


CARA-CARA:


PASTRI

1. masukkan butter+gula halus+esen..pukul sehingga sebati..bila dah sebati

2.masukkan telur kuning dan air..sebatikan dia kemudian

3.masukkan tepung, gaul dengan tangan.

4.masukkan dalam acuan pastri.(acuan buat tart tuh) (nampak x mcm dlm gambar tu, tekan2 jd lah mcm yg sebelah adunan tu)

5.170celcius, bakar selama 20 minit (ikot oven jugak saya bakar dlm 15 minit cmtu agak kuning2 tu angkat)

6. nak keluarkan tart shell tu kena ketuk pelan2 sikit buat masa panas senang dia nk keluar


FILLING

1.butter+gula halus+cream cheese(putar dengan mesin sampai sebati)

2.masukkan telur, putar lagi

3.masukkan filling ke dalam pastri yg dah siap dibakar

4.letakkan jem blueberry @ DLL sesedap rasa ditengah filling pastu masukkan cheese agak2 nk penuh

5.bakar lagi selama 8 minit,180celcius


PETUA SAYA KALO CHEESE TU NAK BAGI KILAT LETAK JUS LEMON DLM 1 SUDU UNTUK 1 ADUNAN PUTAR SEKALI MASA NK BUAT FILING TU..


SELAMAT MENCUBA



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan