Rabu, 25 Disember 2013

COCKTAIL TIRAMISU

share dari link fb ~ Resipi Puding

COCKTAIL TIRAMISU 
Oleh:Norkhamsiah Zainal Abidin

Bahan-bahan:
1 paket biskut marie
2 paket nescaffe 3 in 1
serbuk koko
1 buku cream cheese (Tartura @ Philadelphia )
1 cawan freshcream
1/3 cawan gula castor
buah strawberry (optional)
bekas tupperware bertutup

Cara-cara: 

1. Putar creamcheese dan gula hingga sebati dan masukkan freshcream dan putar lagi sehingga kembang. Masukkan ke dalam piping beg.
2. Celupkan biskut marie ke dalam air nescefe sekejap dan susun di dalam bekas. 
3. Pancit adunan freshcream hingga menutupi biskut. Tabur dengan serbuk koko dan ulangi lapis tadi hingga penuh bekas.
4. Akhirkan dengan acunan cheese, tapis serbuk koko dan tabur buah-buahan yang sesuai. Tutup bekas dan sejukkan beberapa jam sebelum dimakan. Sangat sedap dan sesuai dibuat jualan. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan