Khamis, 19 Disember 2013

TOM YAM SEAFOOD

share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan
TOM YAM SEAFOOD


Bahan-bahan :

Ketam 2 ekor-dicuci dan kerat dua
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda- hiris serong
Kobis bunga-dipotong kecil
Lobak merah-dipotong bunga
2 biji Tomato-belah empat
Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis secukupnya
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa 

Cara-cara :
-Didihkan air di atas periuk. 
-Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili padi & serai. 
-Terus rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. 
-Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah da tambah lagi apa yg patut(garam/asam) sampai sedap. Bila sayur pun dah masak matikan api.

Dah siap sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya

TIPS: Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. 

selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan