Rabu, 25 Disember 2013

Mud Pie

share dari link fb ~ Buku Resepi

Mud Pie
Oleh:Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan :

Crust :
300g biskut Oreo - dikisar halus
75g butter - dicairkan

Filling :
150g brown sugar
3 biji telur size besar
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air bancuhan kopi atau nescafe (tanpa gula)
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar golden syrup atau madu
secubit garam
200g semi sweet chocolate atau dark chocolate - dicincang
75g butter

Topping :
1 1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :

1. Satukan biskut Oreo & butter cair. Gaul hingga sebati.
2. Masuk kan kedalam acuan, ratakan & tekan hingga rapi kemudian masuk kan kedalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
3. Sementara itu, buat filling. Cairkan butter & chocolate.
4. Setelah betul betul cair, matikan api & masuk kan tepung. Kacau rata.
5. Masuk kan kesemua bahan filling kecuali telur. Gaul hingga sebati.
6. Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata.
7. Selesai semua, tuangkan adunan keatas crust & bakar selama 30 - 35 minit pada suhu 175 darjah celcius.
8. Biarkan sejuk dahulu sebelum taruk topping atasnya.
9. Untuk topping, satukan kesemua bahan-bahan & pukul sehingga kental (lebih kurang 10 minit.
10. Sapukan keatas mud pie yang tidak panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan