Rabu, 25 Disember 2013

Italian Bread Bowl served with Homemade Creamy Chicken Soup

share dari link fb ~Resepi Roti & Kek

Italian Bread Bowl served with Homemade Creamy Chicken Soup
Oleh: Puspa Wangi

(klu dekat Berjaya Timesquare ni satu dish dlm RM18++..dah la kecik...xpuas lnsung..baik buat sendiri )

Bahan2

Untuk roti.

170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan) # saya guna semua tepung biasa je
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera
*semua sukatan di paras

Untuk sup krim ayam. 

1 biji bawang Holland di mayang
6 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam dicincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs, blackpepper dan garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Cara buat roti. Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh.Boleh juga diuli dengan tangan. Uli dan tumbuk agak lama untuk pastikan doh gebu dan lembut.
2. Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 4 atau 5 .Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin. Biar doh naik selama 40 minit.
3. Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.Bentukkan jadi bulat semula,bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat.
4. Potong bahagian atas roti dengan pisau.
5. Korek bahagian dalam roti.Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup .
6.Cara menyediakan sup krim ayam. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang,tunggu hingga ayam masak.Masukkan Italian mixed herb,lada sulah dan garam.
7.Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung.Masak hingga mendidih.Tutup api.
8. Tuang sup ke dalam roti.Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas.Hidangkan segera. 

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan