Rabu, 25 Disember 2013

Udang Goreng with Garlic Sauce

share dari link fb ~ Buku Resepi

Udang Goreng with Garlic Sauce
Oleh:Alia Nadia

Bahan2

Udang anggaran 500g 
2-3 sudu besar tepung gandum *
1 sudu tepung jagung *
1 biji telur
Sedikit garam dan sebuk lada putih secukupnya *
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Sos

4-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap lemak manis
Sedikit air 
Sedikit bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah jika perlu)
Minyak untuk menumis
Sedikit gula dan garam jika perlu (saya tambahkan sedikit untuk sedapkan rasa)

Cara2

1.Campurkan bahan2 bertanda * gaul sebati. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk berasingan.
2.Gaulkan udang bersama telur kemudian angkat dan gaulkan pula bersama bahan * tadi.
3.Gorengkan udang yang telah disalut tepung tadi sehingga garing dan ketepikan.
4.Untuk membuat sosnya pula, tumis bawang putih sehingga berbau harum.
5.Kemudian masukkan sos tiram bersama kicap.
6.Masukkan sedikit air lalu didihkan seketika. 
7.Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung jika kuah tidak pekat.
8.Tuangkan sos ke atas udang. Hidangkan panas2.
9.Boleh letakkan cili potong / bahan2 lain sebagai hiasan jika suka.

P/S : Kalau suka makan berkuah boleh tambahkan air lagi ikut citarasa masing2.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan