Rabu, 25 Disember 2013

RAHSIA KEHEBATAN AIR WUDUK

share dari link fb ~ DrJaffry Hassan


RAHSIA KEHEBATAN AIR WUDUK
by Drjaffry hassan

Perawatan atau terapi yg menggunakan air adalah sunnah Nabi SAW. Rahsia pengambilan wuduk 5 kali sehari dan kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yg tidak dapat dselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air wuduk sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat (keharmonian roh) bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. 

Mengekalkan air wuduk sebenarnya bukan saja mengimbangi keharmonian dalaman malah dapat memelihara semua sistem kederiaan atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh (gangguan luar) dan yg melalaikan. Air wuduk memegang rahsia penyucian diri dan kepaduan iman yg bertindak sebagai benteng atau perisai halus. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur yang bersifat tenaga jahat (infra) dapat di neutralkan apabila kita berada di dalam atau kekalkan berwuduk, minum air serta mandi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan