Sabtu, 28 Disember 2013

Gangguan Manusia Pada Jalan Allah.

share dari link fb ~ Dr Abu Anas Madani


Gangguan Manusia Pada Jalan Allah. 

Orang yang berdakwah kepada kebenaran pasti akan disakiti dan diganggu oleh manusia lain. Namun, tidak sepatutnya gangguan manusia itu dijadikan seperti azab Allah taala. 

Allah taala berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ وَلَئِنْ جَاءَ نَصْرٌ مِنْ رَبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ ۚ أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ

"Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia DIGANGGU dan DISAKITI pada JALAN ALLAH, ia jadikan GANGGUAN MANUSIA itu SEPERTI AZAB Allah (lalu ia taatkan manusia)" [Al-Ankabut:10]

Seorang ulama menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan menjadikan GANGGUAN MANUSIA SEPERTI AZAB ALLAH dalam ayat ini:

فالمؤمنون لِكمال بصيرتهم، فرُّوا مِن ألم عذاب الله إلى الإيمانِ، وتحمَّلُوا ما فيهِ من الألم الزائل المُفارق عن قريب، وهذا لضعف بصيرته، فرَّ من ألم عذاب أعداء الرسل إلى موافقتهم ومتابعتهم، ففرَّ مِن ألمِ عذابهم إلى ألمِ عذاب الله، فجعل ألمَ فتنة الناس في الفِرار منه، بمنزلة ألم عذاب الله،

"Orang beriman kerana kesempurnaan ilmu mereka, mereka lari daripada KEPEDIHAN SEKSAAN ALLAH taala kepada IMAN dan mereka pun MENANGGUNG KEPEDIHAN yang akan hilang dan berpisah daripadanya.

Manakala orang munafik, kerana kelemahan ilmunya, dia lari daripada KEPEDIHAN SEKSAAN MUSUH RASUL kepada MENYETUJUI dan MENGIKUTI MUSUH RASUL. Maka dia lari daripada KEPEDIHAN SEKSAAN MANUSIA menuju kepada kepedihan SEKSAAN ALLAH.

Dengan demikian, dia telah menyamakan kepedihan FITNAH (SEKSAAN ) manusia dengan kepedihan AZAB ALLAH" [Zaadul Ma'ad]

Wallahu alam. ‪#‎Arar‬. 28/12/13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan