Khamis, 26 Disember 2013

Petua Untuk Menghilangkan Gatal-Gatal


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Menghilangkan Gatal-Gatal 

1. Tepung Sagu - Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

2. Daun Kunyit - Cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman .Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian sapu pada tempat gatal.

3. Gambir - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Sapu pada bahagian gatal.

4. Garam Kasar - Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air. Jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam itu di bahagian yang kena gigitan.

5. Daun Rambutan - Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal. Masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi 3 gelas air, hancurkan daun rambutan . Setelah itu perah 2 biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Tapis air tersebut, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya dan amalkan 2 minggu sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan