Rabu, 25 Disember 2013

Resepi : Siakap Kukus Asam Limau My Style

share dari link fb ~ Buku Resepi

Resepi : Siakap Kukus Asam Limau My Style
Oleh:Alia Nadia

Bahan2

1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang) *
1 sudu besar kicap manis *
Beberapa biji cili padi dipotong halus (ikut kepedasan) *
3 sudu besar air *
sedikit serbuk perasa / boleh ganti dgn serbuk pati ayam *
3 biji air limau nipis (di ambil airnya) *
Garam dan gula secukup rasa. *
1 biji tomato dipotong dadu.

Kacang Peas and Lobak Merah (Optional)

Cara2

1. Panaskan air di dalam kukusan hingga menggelegak.
2. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Letakkan ikan yang sudah dibersih ke atas bekas untuk mengukus kemudian tuangkan campuran bahan bertanda * ke atas ikan. Taburkan hirisan tomato yang dipotong tadi sekali.
4. Kukus kira2 15minit (lagi besar ikan lagi lama)
5. Selepas itu buka penutup kukusan dan taburkan sayur2 di atas ikan dan kukus lagi kira2 3minit.
6. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidangkan..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan