Ahad, 22 Disember 2013

NASI GORENG UDANG vs SOTONG GORENG TEPUNG

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

NASI GORENG UDANG vs SOTONG GORENG TEPUNG

Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
udang basah-secukupnya
4 biji bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih-diketuk
2 biji cili api
lobak merah-secukupnya-didadu
1 sudu besar sos cili
kicap manis-secukupnya
daun bawang
garam

Cara-cara :
-tumis bawang putih hingga naik bau.kemudian, masukkan bawang merah dan cili api.tumis garing.
-masukkan udang dan gaul hingga udang masak.
-masukkan sos cili.kacau sebentar.kemudian masukkan lobak merah.kacau sebentar.
-masukkan nasi dan renjiskan kicap.gaul hingga sebati.
-sedia dihidang.hiaskan dengan daun sup.

SOTONG GORENG TEPUNG
Bahan-bahan :
2 ekor sotong
Tepung magik secukupnya
Cara-cara :
-bersihkan sotong dan potong bulat.toskan air sotong.
-gaulkan sotong bersama tepung magik.goreng dalam minyak panas dan penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan