Rabu, 25 Disember 2013

Bakso simple

share dari link fb ~ Buku Resepi

Bakso simple
Oleh:Najihah Kaspin

Bahan-bahan: (anggaran 2org makan)
1/2 bungkus mihun dicelur
4 ulas bawang putih cincang halus
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 biji kiub pati lembu knorr
meatball kuantiti ikut suka
500ml air
1 kelopak kubis bulat potong halus-halus
1 genggam taugeh dibuang ekor
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. tumiskan bawang putih sampai naik bau
2. masukkan serbuk lada sulah dan kiub pati lembu, kacau sebati
3. tuangkan air
4. masukkan meatball,perasakan dengan garam
5. masak sehingga meatball empuk (merekah sedikit),tutupkan api
6. hiaskan bihun dengan kubis dan taugeh
7. tuangkan kuah dan sedia untuk dimakan!

Sambal bakso

Bahan-bahan: 
1 genggam ikan bilis digoreng
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi (ikut suka)
1 sdb gula
1 sdb sos cili
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:
1. blender bawang merah,putih, ikan bilis & gula (blender kering @ tumbuk)
2. tumiskan bahan kisar
3. tambahkan sos cili & sedikit air
4. perasakan dengan garam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan