Sabtu, 21 Disember 2013

RESEPI MINI PAVLOVA

share dari link fb ~ Buku Resepi
RESEPI MINI PAVLOVA

Oleh:Yus Koniciwa


Bahan-bahan :

4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh cuka masakan

2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
(Non dairy whipping cream)

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. 3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. 4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.6- Masukan bahan dalam piping lepas tu picitkan kedalam cawan kertas.7- Panaskan oven pada suhu 110' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

8- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 45minit atau sehingga masak.Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan