Khamis, 19 Disember 2013

Chocolate Cheesecake


share dari link fb ~ Buku Resepi

Chocolate Cheesecake
Oleh:Noor Abdul Rahim

150g biskut coklat (ada inti tengah, atau plain ikut suka) - dihancurkan
70g butter - dicairkan

200g chocolate (sebaik nya jgn guna dark chocolate)
25g butter (extra)
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil serbuk kopi instant (contoh - nescafe)
250g cream cheese
50g gula caster
50ml sour cream atau low fat plain yogurt
50ml susu segar full cream (contoh - susu dalam kotak dutch lady)

Cara-cara :

1. Satukan 70g mentega cair & biskut coklat. Gaul rata.
2. Terap kedalam acuan & masuk kan kedalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Cairkan chocolate & 25g butter (guna cara double boiling)
4. Setelah cair, ketepikan. Campurkan esen vanila & 1/2 sudu kecil serbuk kopi segera. Di kacau rata. Biarkan sejuk sedikit sebelum digunakan.
5. Pukul cream cheese & gula sehingga kembang.
6. Masuk kan chocolate cair yg tidak panas. Gaul rata. 
7. Masuk kan sour cream atau yogurt & susu. Di gaul hingga sebati.
8. Tuangkan adunan keatas base yg telah disiapkan. Ratakan & masuk kan semula kedalam peti sejuk sekurang kurang nya selama 6 jam sebelum dihidangkan.

** Sekiranya menggunakan dark chocolate, jgn taruk serbuk kopi tu, takut 
pahit pulak nanti cheesecake nya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan