Sabtu, 28 Disember 2013

PAGI INI MENTARI MASIH BERSINAR

share dari link fb ~ Bicara Hidayah

PAGI INI MENTARI MASIH BERSINAR


Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala TADBIR, agar mampu menerima setulus segala TAKDIR.Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk. 

Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan TAUBAT. ISTIGHFAR dan SELAWAT jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya TIGA perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari. 

Apakah TIGA perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah TIGA perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah … mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah. 

||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci … siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan. Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini … esok? Belum tentu kita masih ada!

__________
Diambil sebahagiannya dari: http://genta-rasa.com/, dibawah tajuk: MENGAPA MEREKA LEBIH BAIK?

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. “ [Al-Ahzab: 56]

Shared By: ⓑⓘⓒⓐⓡⓐ ღ ⓗⓘⓓⓐⓨⓐⓗ

☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan