share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah
Muhasabah diri:
[ANTARA KEBAHAGIAAN DUNIAWI & KEBAHAGIAAN AKHIRAT]
GEMERLAP DUNIA acapkali berhujung KETIDAK BAHAGIAAN. Kenikmatan dunia hanya SESAAT kerana dunia memang BUKAN alam yang abadi.
Kenikmatan dunia pada hakikatnya TIDAK BERPUNCAK. Setiap orang yang merasa mencapai puncak tertentu, pasti INGIN mencapai puncak seterusnya. Tiada ada KEPUASAN jika menuruti keinginan duniawi.
Kejayaan dunia yang mudah dicapai akan mudah pula pudar.Ramai manusia yang mengejar kebahagiaan duniawi yang TAMPAK didepan mata, namun hanya seketika sebaliknya menganggap kebahagiaan akhirat hanya teori, bukan sesuatu yang pasti.
Anggapan ini muncul dari IMAN yang RAPUH.
IMAN yang KUKUH terhadap Allah dan hari akhirat pantang mengatakan sedemikian.
IMAN memberikan ISYARAT yang KUAT tanpa keraguan bahawa AKHIRAT pasti akan datang.
Keimanan seseorang sangat MENENTUKAN sikap kita dalam mengharungi kehidupan ini.
LEMAHNYA KEIMANAN pada hari akhirat akan membuatkan pengharapan kita akan KEBAHAGIAAN DUNIA senmakin KUAT. Mata kita menjadi silau melihat kenikmatan dunia.
Kesedaran bahawa kehidupan akhirat LEBIH MEMBAHAGIAKAN tidak melarang kita menikmati hidup di dunia ini kerana DUNIA dan AKHIRAT adalah DUA ALAM yang SALING BERHUBUNGAN.
APA YANG DINILAI OLEH ALLAH SAAT MEMASUKKI ALAM AKHIRAT ADALAH AMAL PERBUATAN KITA DIDUNIA.
Justeru, alangkah baiknya jika kita mulai MENGARAHKAN TUJUAN HIDUP kita untuk AKHIRAT. Kita kikis sedikit demi sedikit motivasi meraih dunia SEMATA-MATA.
Kita alihkan untuk tujuan MERAIH AKHIRAT, sebuah tujuan yang lebih mulia dan meraih KEBAHAGIAAN ABADI.
[Ustaz M.Arifin Ilham & Ustaz Yudy Effendy, 'Superdahsyat 4 Zikir',ms 43-47-ringkasan]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan