Rabu, 18 Disember 2013

Russian Black and White Cake

share dari link fb ~ Buku Resepi
Liked · 13 hours ago 


Russian Black and White Cake
( tribute to chocolate and cheese lover! )
Oleh:Puspa Wangi

A. Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
(saya bakar dalam 3 loyang berasingan)

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. (kalau bakar 3 kali adunan, hanya 25 min setiap 1 loyang)
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak

B. Krim Keju Mocha

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air panas

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan (saya cairkan dlm microwave..lepas rendam kejap dgn air panas tu, panaskan dlm microwave 30 saat, keluarkan dan kacau, masukkan balik..buat sampai cair)

Cara-cara:

Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

C. Chocolate Ganache (untuk piping sebagai filling)

Bahan A
250 ml krim tenusu (sy pakai anchor)
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek (tak bubuh pon xpe)

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair dalam 3 minit kemudian gaul rata
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

D. Chocolate Ganache utk tuang atas kek
Ambil campuran chocolate ganache yg mula2 tadi..jika agak pekat, campurkan krim tenusu Anchor dalam 5-8 sudu yg telah dididihkan kemudian kacau sehingga dapat konsistensi yg tepat untuk curahan atas kek.

Sirap Nescafe (untuk sapu atas lapisan kek utk kekalkan kelembapan kek..tak buat xpe)

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

E. Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 3 atau 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek , ganache coklat diikuti krim keju mocha
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju mocha pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras


Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan ganache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan atau separuh kek(kreativiti masing2)

p/s :Selamat mencuba! Lepas dah study dan faham resipi, xsesusah bila pertama kali baca.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan