Sabtu, 14 Disember 2013

SANTAPAN ROHANI - PAGI SABTU 14 DISEMBER 2013: KISAH SEBIJI TEKO ANTIK...

share dari link fb ~Ramli Joned


Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SABTU 14 DISEMBER 2013:

KISAH SEBIJI TEKO ANTIK... 

Seorang anak muda sangat gembira dapat melakukan lawatan sambil kerja selama 7 hari ke Beijing, bersama rakan2 sepejabatnya..... Sebelum pulang ke tanah air, dia membeli sebuah teko antik yang cantik, yang dibuat daripada tembikar... Dia sendiri sangat berminat dengan barangan tembikar yang cantik... Di rumah, sambil bercerita kepada ayah dan ibunya tentang pengalamannya di Beijing, dia menunjukkan teko tembikar itu kepada ayah dan ibunya... Ayah dan ibunya sendiri amat mengkagumi kecantikan teko tembikar itu... Sejurus kemudiannya ayahnya berkata: “Ada sesuatu yang dapat kamu pelajari daripada teko tembikar ini..”.. Orang tua itu tersenyum... Anak muda tersebut merapatkan dirinya di sebelah ayahnya... “Apa dia ayah? Cuba ayah ceritakan..”......

"Teko ini asalnya daripada TANAH LIAT YANG BERWARNA MERAH HITAM, DAN SANGAT HODOH... Terdapat di dasar2 sungai, atau di kaki2 bukit, di dalam hutan... TIADA SIAPA YANG PEDULI.... Kemudian pengusaha tembikar akan mengambil tanah liat tersebut, dibawanya ke kilangnya, menguli dan mengadun tanah liat tersebut..... Kemudian di letak di atas satu roda berpusing dan di buat bentuk teko.... Selepas itu diletak di dalam oven (alat pemanas).... Selepas beberapa jam berada di dalam oven tersebut, akhirnya teko ini dikeluar, dan diletakkan di atas sebuah para.... Apabila suhu teko menjadi normal semula, teko ini diukir dengan corak2 tertentu, dan di cat dengan warna2 yang menarik, keseluruhannya.... Kemudian, sekali lagi dimasukkan semula ke dalam oven... "Setelah beberapa ketika, teko itu dikeluarkan, dan disejukkan di atas para.... Inilah hasilnya seperti yang kamu bawa balik ini... Cantik bukan? Asalnya adalah dari tanah liat yang tidak berguna.. TETAPI SETELAH MELALUI BEBERAPA PROSES, ia menjadi sangat cantik, dan dijual dengan harga yang mahal..”... Orang tua itu terus membuat kesimpulan:

“DEMIKIANLAH.... Allah Subhanahu wataala lebih mengetahui apa yang DIA lakukan ke atas kita... DIA Pencipta kita, dan KITA IBARAT TANAH LIAT... Kita diuli, diadun, dipusing, dipanaskan, diwarnai dan pelbagai lagi ujian yang KADANG-KALA AMAT MENYAKITKAN.... ALLAH AKAN MENGUJI KITA DENGAN SESUATU YANG MAMPU KITA HADAPI DAN TANGGUNG... DIA tidak akan berlaku kejam terhadap hamba-hambanya kerana ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang.... Ketika ditimpa pelbagai dugaan dan ujian yang menyakitkan, HENDAKLAH KITA SELALU INGAT BAHAWA ALLAH BUAT BEGITU UNTUK KEBAIKAN KITA, bukan untuk menyiksa kita.... Jika kita berjaya melalui semua proses itu, dengan tabah dan BERSABAR, kita akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah Subhanahu wataala.... JUSTERU, JANGAN TERLALU CEPAT BERPUTUS ASA dari rahmat ALLAH...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan