share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah
[BERSAMA AL-QURAN]
Kadang-kadang kita perlu membaca Al-Quran hanya kerana
ingin menghayatinya sebagai Kalamullah. Lupakan segalanya,
dan enjoy sepuas hati.
Kadang-kadang kita perlu membaca Al-Quran untuk mencari hidayah atau panduan untuk apa sahaja. Ada masalah, buka Al-Quran, dan teliti satu demi satu ayat.
Kadang-kadang kita perlu membaca Al-Quran untuk memahaminya. Sedikit demi sedikit pun tidak mengapa.
Tetapi sasaran akhir kita mesti nak faham semua.
Bagaimana kita berinteraksi dengan Al-Quran perlukan keseimbangan. Barulah peribadi kita boleh dibentuk dengan Al-Quran.
[via: Farhan Syah]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan