sedap dimakan sejuk...
KEK KAREMEL PELANGI
loyang size 7x7inci
(A) Bahagian gula hangus
2 sudu besar gula
*letak gula dlm loyang dan masak atas api perlahan hingga gula hancur dan bewarna keemasan.ketepikan dan biar sejuk.
(B) Bahagian atas(karemel)
1/2 tin susu cair(ideal)
70gram gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur(putihnya disimpan)
(C) Lapisan kek
140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
70g gula castor
3 biji kuning telur(putihnya disimpan)
135ml air
45ml minyak masak
pewarna(merah, kuning, hijau)
(D) buat meringue
6 biji putih telur-dari bahan B dan C
70g gula castor
1 sudu teh cream of tartar
Cara-cara :
1.kacau semua bahan B perlahan-lahan.tapis dan masukkan dalam loyang berisi gula hangus.
2.pukul bahan C hingga kembang(kecuali pewarna)
3.pukul bahan D hingga ringan dan jadi meringue(bertanduk bila diceduk dan mangkuk diterbalikkan x tumpah)
4.campurkan adunan C dan D.kaup balik menggunkan senduk.
5.bahagikan kepada 3 bekas dan warnakan(merah, kuning, hijau)
6. sendukkan adunan kedalam loyang berisi gula hangus+karemel tadi, bermula warna merah ditengah-tengah loyang, diikuti warna kuning ditengah-tengah warna merah dan warna hijau ditengah-tengah warna kuning..ulang langkah tersebut hingga adunan habis.
7.bakar double-baked(water bake) selama 1 jam dengan suhu 160-180 mengikut jenis oven and a.
8.bila dah masak, keluarkan dr oven dan biar sejuk dulu.
9.bila dah sejuk terbalikkan kek kedalam pinggan dengan cara menekup pinggan keatas loyang dan terbalikkan cepat2..
10.masuk dalam peti ais.enak dimakan sejuk.
selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan