shared dari link fb ~Buku Resepi's photo.
Udang goreng butter simple
Oleh:Linda Ai
20 ekor udang
Bahan perap utk udang
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar susu ideal
*perap dalam setengah jam
Bahan tumis
Daun kari
3 ulas bawang putih dihiris
Cili padi 5 biji
Butter 2 senduk
Bahan untuk sarang
3 biji kuning telur di pukul
2 senduk butter
2 ke 3 sudu besar gula pasir
Cara:
1. Panaskan kuali, cairkan butter, tumis bawang putih bila dah kuning sikit cepat2 masuk kan daun kari dan cili padi biar dalam 5 ke 8 saat tu masuk kan udang yang dah di perap.goreng sampai kulit udang jadi merah.kemudian angkat.
2.panaskan kuali. Cairkan butter.tunggu betul2 panas tuangkan kuning telur.
Tips: tuangkan kuning telur daripada bekas angkat tinggi2 tuang kedalam kuali sambil senduk dikacau satu arah dalam kuali laju2.
Bila dah garing masuk kan semula udang td kacau rata dan taburkan 2 ke 3 sudu besar gula pasir
Selamat mencuba —
Tiada ulasan:
Catat Ulasan