Rabu, 18 Disember 2013

Pretzel 1-2-3!

share dari link fb ~ Buku Resepi
 
Pretzel 1-2-3!
Oleh:Norazlin Baharudin

Bahan-bahan:

1 ½ air suam
1 paket yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
4 cawan tepung gandum
1 biji telur

Cara-cara:

1) Campurkan yis ke dalam air suam di dalam bekas besar. Kacau selama 1 minit. Masukkan gula dan garam. Kacau hingga sebati.
2) Masukkan 3 cawan tepung gandum kedalam adunan di atas. Adun menggunakan sudu kayu. Tambah sedikit2 baki 1 cawan tepung gandum dan adunkan sehingga tidak melekat di tangan. Jika masih melekat, tambahkan satu sudu tepung sedikit-sedikit sehingga tidak melekat di tangan.
3) Adunkan doh di atas meja selama 3 minit. Potong doh sebesar mana yang sesuai dan buat seperti tali. Bentukkan doh seperti pretzel dan letakkan di atas bekas leper untuk dibakar di dalam oven.
4) Sebelum dibakar, sapukan telur yang dikacau ke atas setiap pretzel. Boleh juga di tabur gula dan kekacang di atas pretzel tersebut.
5) Bakar selama 10 minit pada suhu 170 celcius
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan