Selasa, 17 Disember 2013

MARI BERFIKIR “DI LUAR KOTAK”

share dari link fb ~ Datuk Dr Maznah Hamid
 
MARI BERFIKIR “DI LUAR KOTAK”

Berfikir di luar kotak adalah cara berfikir di luar batasan masalah yang ada ataupun cara berfikir dengan menggunakan perspektif yang baru. Yang dimaksud kotak dalam hal ini adalah perumpamaan pembatasan diri seseorang pada saat melihat suatu permasalahan. Berfikir secara kreatif, luar kebiasaan, berani, tidak fokus hanya pada apa yang dihadapi tetapi berfikir lebih jauh dari kemampuan!

Contohnya, bagaimana anda memotong kek kepada lapan bahagian tetapi tidak boleh membuat lebih dari tiga kali potongan? Kita harus mengubah cara kita melihat kek tersebut dan bagaimana cara memotongnya. Bagaimana?

Kaedahnya ialah dengan memotong kek tersebut menjadi dua bahagian dengan ukuran sama, lalu letakkan satu potongan dari kek tersebut di atas potongan yang lain. Potong lagi menjadi dua dan belah lagi menjadi dua bahagian yang sama. Itulah yang dinamakan berfikir di luar kotak.

Contoh lain : Ada empat perkataan Inggeris.. subtract, multiply, add, dan decrease... Mana yang bukan kelompok dengan kata-kata tersebut? Kebanyakan orang akan berkata bahawa "decrease" tidak termasuk dalam kelompok. Mengapa? Kerana semuanya termasuk dalam matematik kecuali perkataan tersebut. Tapi itu bukannya berfikir di luar kotak.

Jika anda berfikir di luar kotak, maka jawabannya adalah "add" kerana perkataan tersebut hanya terdiri dari tiga huruf sedangkan yang lain terdiri dari lapan huruf. Anda boleh mempunyai banyak jawapan yang berbeza, tapi satu jawapan yang paling kreatif akan lebih menonjol. Anda setuju?

Cara fikiran kita bekerja adalah memasukkan beberapa perubahan dari pengalaman dan proses. Contoh lain adalah jika anda diminta menyebutkan nama dua hari dalam Inggeris yang dimulai dengan huruf "T". Jawapan anda mungkin adalah Tuesday (Selasa) dan Thursday (Khamis). Opps..bagaimana dengan Tomorrow (esok) dan Today (hari ini)? Itu juga berfikir di luar kotak.

Jika anda menerapkan untuk berfikir di luar kotak, anda akan terkejut betapa hebat dan mudahnya bagi anda untuk memecahkan masalah dengan cara yang lain dari kebiasaannya. Biarkan cara berfikir di luar kotak anda menjadi pendekatan yang baru dalam menjalani kehidupan seharian anda.

Saya percaya ramai yang sudah berfikir di luar kotak, mungkin tanpa disedari. Kepada anda yang belum ‘keluar dari kotak’, selamat menjalani kehidupan baru diluar kotak…Cabaran kepada anda dan rasai perbezaannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan