Petua Untuk Melawaskan Kencing
Pilihan 1: Ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkung bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius. Sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.
Pilihan: 2: Ambil madu lebah,limau oren, dan air panas. Perah limau diperah dan ambil airnya. Campurkan dengan madu lebah dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.
Pilihan 3: Ambil bawang merah, panaskan di atas api dan gosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan