Rabu, 18 Disember 2013

Kek gula hangus

share dari link fb ~ Buku Resepi

kek gula hangus
Oleh:Qaseira Ummi

Bahan:-

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega
Cara Membuat:-

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar bakar dlm 45 mint dgn kepanasan 150f...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan