Resepi Nasi Ayam
Oleh:Cigu Naz
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
1 labu bawang putih (dikisar)
Halia (sama banyak dgn bwg putih) (dikisar)
Serbuk lada sulah n lada hitam
Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
Sedikit madu
Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
Lebihan halia dan bawang putih yg dikisar
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning
Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Untuk kicap
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.
Cara-cara:
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan bawang putih dan halia yg dikisar. Msuk sikit serbuk lada sulah dan lada hitam.Rebus sehingga empuk. (tinggalkan sikit bawng putih dan halia yang dikisar tu utk tumis nasi)
2. Toskan ayam yg da direbus dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula (garam tak payah pun tak pe coz kicap da masin). Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan (ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut. X payah lame coz ayam mmg da masak) . Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
3. Basuh beras dan rendam beras 15 minit, toskan.
4. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
5. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau dan kering sikit.
6. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. (kalo guna 5 cawan beras, air rebusan 6 cawan yang sama) Masukkan sedikit pewarna kuning. Masak seperti biasa.
7. Blendkan semua bahan utk sos. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
8. Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
9. Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.
10. Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. (salad, timun, tomato)
Selamat mencube.. hihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan