Ahad, 8 Disember 2013

Baitulmuqaddis sekitar tahun 1890-an

share dari link fb ~Green Project
 
Baitulmuqaddis sekitar tahun 1890-an

Baitulmuqaddis atau dikenali juga sebagai al-Quds, Salem, Jerusalem, Yerushaláyim, al-Balat, Aelia Capitolina, Ariel, Jebus, Moriah. 

Baitulmuqaddis atau Baitulmaqdis 
ialah nama yang jarang digunakan oleh masyarakat Arab. Perkataan ini paling banyak digunakan di Malaysia dan beberapa negara lain.

Al-Quds 
ialah nama yang biasa digunakan oleh orang Arab untuk Baitulmuqaddis (juga digunakan oleh tamadun yang dipengaruhi oleh Islam). Perkataan al-Quds aš-Šarīf juga digunakan terutamanya oleh Empayar Turki Uthmaniyyah.

Jerusalem
ialah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara ini menggunakan istilah ini sebagai istilah utama

Salem 
juga merupakan nama pendek bagi Jerusalem. 

Ariel 
ialah nama puisi Baitulmuqaddis.

Aelia Capitolina 
ialah nama yang diberi oleh Rom terhadap Baitulmuqaddis selepas semua Yahudi diusir keluar daripada situ. Nama arabnya, ʼĪlyāʼ kadangkala digunakan dalam Hadith.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan