Ahad, 8 Disember 2013

Hidup Penuh Kemanfaatan - Menjadi sebaik-baiknya Insan...(Kredit to Akhi Tinta Khalifah)

share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam pagi Ahad, salam kerehatan buat sahabat semua

Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 54
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Ertinya : Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya) dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Ayat ini merupakan sebuah kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama Islam. Ayat ini juga sebenarnya merupakan suatu ancaman kepada orang kafir yang engkar akan dakwah Nabi Isa a.s kepada mereka. Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s. Walaubagaimanapun perancangan mereka atau muslihat mereka dihancurkan oleh Allah SWT dan dalam ayat yang seterusnya Allah mengisahkan Dia mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sehinggalah Hari Kiamat.

Sahabat yang dihormati,
Kadangkala kita rasa mengeluh dengan apa yang kita buat dan adakalanya kita rasa amat berputus asa dengan apa yang kita lakukan.

“aku dah apply UPU (Universiti) tapi x dapat”…
“aku dah minta kerja kosong tu tapi x dapat”..
“aku dah mohon bantuan zakat tapi x dapat”..
“kenapa semua yang aku mohon x dapat?!!!”

Andainya ditakdirkan hati kosong dan lemah pada waktu itu, pastinya ramai yang akan menuding jari menyalahkan Allah SWT kerana apa yang diminta sering tiada hasilnya.

Kita sering berdoa, sehingga menangis meminta dari Allah..
Kita kerap solat dan ada tikanya tiada harinya selewat sebelum subuh untuk bangun mengejarkan Tahajjud dan Hajat..
Kita kerap melakukan amal ibadah yang baik sehingga ada masanya merasakan tiada titik hitam dalam hati..
Tapi kenapa ALLAH sering sahaja tidak memenuhi apa yang dihajati?
kenapa ALLAH tidak tunaikan apa yang kita minta?
Adakalanya kita lihat mereka yang sering mengabai tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah sering ALLAH beri kesempatan pada mereka untuk mendapatkan apa yang terbaik.

APA YANG PERLU KITA BUAT??!!

1 - Ingatlah bahawasanya Allah SWT tidak menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini dengan sia-sia. 
Allah menjadikan segala perkara di muka bumi ini ada hikmahnya. Pernah atau tidak kita berfikir betapa sebenarnya Allah sayangkan kita setiap kali kita ditimpa musibah, walaupun kita sering berdoa padaNya? Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang mereka tidak mampu menghadapinya.

2 - Tenangkan hati dengan zikrullah
FirmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud 
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan mengingat sebanyak-banyaknya”
In shaa Allah dengan adanya zikir dalam hati dapat mencegah kita dari prasangka buruk terhadap Allah SWT.

3 - Sentiasa ingat bahawa Allah adalah sebaik-baik PERANCANG
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, mungkin apa yang akan dilalui itu bukan jalan terbaik, maka Allah menyediakan jalan alternatif yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan. Yakinlah. 

4 - Jangan berhenti berdoa, istiqamahlah
Teruslah berdoa kerana pedang orang-orang mukmin itu ada pada doanya. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yang maksudnya:
“Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu,nescaya pasti Aku akan perkenankan..”
Ini janji Allah, mana mungkin Allah tidak mengotakan janjiNya. Pasti DIA mendengar setiap rintihan kita. 
Namun janganlah pula kita berkata “aku dah banyak kali berdoa tapi ALLAH tak makbulkan juga”. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah SWT suka mendengar rintihan hamba-hambaNya tatkala berdoa kepadaNya, Allah rindu untuk mendengar suara rintihan mengharapkan hajat diperkenankanNya.

Hampir sahaja semua manusia terlupa setelah hajat mereka diperkenankan olehNya mengucapkan syukur. Berapa ramai yang istiqamah dalam mengingatiNya?

Ingatlah sahabat, Allah adalah sebaik-baik Perancang. Setiap manusia akan diuji dan terus diuji dan aras penentu adalah TAQWA kita kepadaNya. Semoga hati terus terdidik dalam menuju mardhatillahNya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan