Sabtu, 14 Disember 2013

Kedinginan di Bumi Anbiya'.../ Krisis kemanusiaan terhebat di abad ini / Suhu yang mencecah hampir -3 Celcius di Syria

share dari link fb ~Dr Zainur Rashid Zainuddin


Kedinginan di Bumi Anbiya'...

Menjelang kedatangan musim sejuk yang semakin memuncak, ramai di kalangan umat Islam di Bumi Anbiya yang sedang bergelut dengan cuaca sejuk yang melampau tanpa bekalan elektrik yang minima dan juga bekalan makanan yang asasi.

Khususnya buat saudara seaqidah kita di Gaza, Palestin dan juga buat jutaan pelarian Syria di Lubnan, Jordan dan Turki serta di negaranya sendiri.

Di kala jiwa kita 'sejuk' dek limpahan nikmat keamanan dan kemudahan yang serba serbi, jangan lupa bahawa kita turut bertanggung-jawab untuk menghangatkan kembali perjuangan untuk membebaskan Bumi Anbiya' ini.

share dari link fb ~Dr Zainur Rashid Zainuddin




Krisis kemanusiaan terhebat di abad ini




Krisis kemanusiaan di Syria telah semakin meruncing apabila ribut Alexa yang kuat di musim sejuk yang meruncing ini telah menyebabkan 6.5 juta orang pelarian di Syria dan di negara jiran seperti Jordan, Turki dan Lubnan.





Ribut Alexa yang melanda Syria pada hari Rabu 11.12.13 baru-baru ini telah menyebabkan kematian sembilan orang kanak-kanak Syria termasuk seorang bayi yang baru lahir disebabkan oleh keadaan cuaca yang teruk.



Suhu sejuk di Syria telah menghalang pasukan sukarelawan kemanusiaan daripada membawa bekalan kepada jutaan ribu orang pelarian di negara yang dilanda konflik itu.



Baca lagi :







share dari link fb ~Tangisan Syria Di Bumi Jordan






Suhu yang mencecah hampir -3 Celcius di Syria dan beberapa negara yang lain menyaksikan binatang-binatang turut membeku akibat kesejukan yang melampau. 

Bagaimana agaknya keadaan saudara kita yang terpaksa menjadi pelarian dalam keadaan yang serba kurang? Pakaian, pemanas, makanan, ubat-ubatan yang serba tiada. Bolehkah kita rasa dan bayangkan keadaan mereka sekarang ini? 

HasbunAllah Wani'mal Wakeel..

Lokasi : Sempadan Syria - Turkey   
cc: Green Project
share dari link fb ~Ustaz Roslan Mohamed
 
Suasana di Kem Pelarian Syria saat ini. Sejuk dan membeku. Moga Allah mudahkan mereka

share dari link fb ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Luka umat Islam semakin membarah, krisis yg tak berkesudahan, selain dari negara yg sedang bergolak Mesir dan sebagainya, yang sedang mengalami keparahan juga umat Islam Syiria yg terpaksa berkhemah dalam kesejukan dibawah tahap beku di sempadan Jordan dalam khemah kanvas itu, semalam tahap kesejukan mencatatkan -3 darjah celcius, semalam seorang kanak2 meninggal dunia di kem pelarian itu disebabkan kesejukan melampau, Saya bercadang utk menghulurkan bantuan melalui team laisa Minna sesegera mungkin ke sempadan Jordan-Syiria itu, jika kalian juga turut rasa sama dengan keadaan yg mereka rasa ini, masukkan dalam acc Maybank Darul ThibbunNabawi 562106623665 dan emailkan maklumat sumbangan itu kpd kompleks.dtn@gmail.com. Keadaan mereka memang terdesak!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan