Jumaat, 13 Disember 2013

KEISTIMEWAAN AYAT 'LA ILAHA ILLAALLAH'

share dari link fb ~Bintu Habib Abd Wahab


KEISTIMEWAAN AYAT 'LA ILAHA ILLAALLAH'

Kisah ini berlaku pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat itu mati, maka Nabi Musa A.S mendapat tahu bahawa ahli ibadat itu termasuk di dalam senarai ahli neraka.

Sesudah itu mati pula seorang penderhaka, maka Nabi Musa A.S mendapat tahu bahawa si penderhaka adalah ahli syurga.

Apabila Nabi Musa A.S mendapat tahu hal ini maka dia pun ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: " Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu ?"

Maka isteri ahli ibadah itu berkata: " Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya."

Nabi Musa A.S bertanya lagi: "Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu ?"
Lalu isteri ahli ibadat itu berkata: " Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: " Alangkah beruntungnya kami, kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar."

Setelah Nabi Musa A.S mendengar penjelasan dari isteri ahli ibadat itu maka dia pun pergi ke rumah penderhaka itu, setelah sampai di rumah orang itu maka Nabi Musa A.S pun bertanya kepada isterinya: " Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu ?"

Isteri penderhaka itu berkata: "Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata."

Kemudia Nabi Musa bertanya lagi: "Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain dari itu ? "

Maka isteri penderhaka itu berkata: " Setiap malam sebelum tidur,suamiku selalu membaca 'la ilaha illaallah walhamdu lillah' atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa A.S."

Dalam kisah ini kita dapat bayangkan bahawa ahli ibadat itu tidak yakin 100% dengan apa yang disampaikan oleh Nabi ALLAH Musa A.S maka ALLAH S.W.T masukkan dia ke dalam senarai ahli neraka, oleh itu hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan dengan harapan bahawa kita pasti akan bertemu dengan ALLAH, dan jangan ragu-ragu tentang itu.

Rasulullah S.A.W telah bersabda: " Sesiapa yang mengucap 'La ilaha illallah', yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit terdengar dengungannya di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: "Tenanglah, diamlah."
Maka burung itu berkata: "Tidak, sebelum Engkau(ALLAH) mengampuni orang yang membacanya."

Maka ALLAH S.W.T pun mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung itu diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca 'laa illaha illallah' itu sehingga hari kiamat.

Dan apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah tersebut dan menontonnya masuk ke syurga.

Dikisahkan pula ketika ALLAH S.W.T menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa.A.S, maka pada waktu itu Nabi Musa telah berdoa: "Ya ALLAH ya Tuhanku, tunjukanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMU dan kurniaMU ini."

Kemudian ALLAH S.W.T berfirman : "Wahai Musa, bacalah 'Laa illaha illallah'."
Lalu Nabi Musa bertanya lagi: " Ya ALAH ya Tuhanku, tambahkanlah lagi untukku."

Maka ALLAH S.W.T berfirman: " Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ' La ilaha illallah' di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian 'Laa ilaha illallah' itu.

Abu Lait berkata: " Sesiapa yang dapat menjaga kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi ALLAH dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya itu sebanyak buih di laut. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya.

1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulakanlah dengan 'Bismillah'.

2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca 'Alhamdulillah'.

3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik,maka hendaklah segera menyatakan 'Astaghfirullah'.

4. Kalau hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata 'Insya Allah'.

5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca 'Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim'.

6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca 'Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun'.

7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca 'Laa illaha illallah'.

Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan