Rabu, 11 Disember 2013

Khasiat Daun Misai Kucing

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Khasiat Daun Misai Kucing

1. Daun misai kucing direbus bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.

2. Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah.

3. Air rebusan daun misai kucing boleh digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing.

4. Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang.

5. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis.

6. Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi.

7. Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.

8. Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil.

1 ulasan:

  1. Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong....500 gram sy jual rm50..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi.berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.

    BalasPadam