Isnin, 9 Disember 2013

Pai Tee

share dari link fb ~Buku Resepi

Pai Tee
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahannya:

1/2 cawan tepung beras (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml cecair)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
125-155 ml air 
Sedikit air kapur 
1 sudu teh gula
1/4-1/2 sudu teh garam
Pewarna jika suka

Bahan-bahan untuk inti (sayuran diparut atau dihiris halus):
Lobak merah
Sengkuang
Timun
Daun salad
Isi udang atau ayam yang dimasak atau telur dimasak hancur atau tuna dalam tin
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar - jika suka
Keju cheddar diparut - jika suka
Sos cili atau sos cili thai atau mayo atau sos thousand island

(Inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing..antara yang biasa dihidangkan di rumah saya selain inti di atas ialah buah-buahan campur aiskrim dan juga sausage yang dimasak sweet and sour)

Cara membuatnya:

Satukan bahan-bahan untuk kelongsong pai tee (air tu guna 125 ml saja dahulu)
Dan masukkan ke dalam blender. Kisar hingga halus. Atau satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Tambah lebih air jika perlu. Ketepikan selama 15 minit. Panaskan minyak yang banyak, biar tenggelam acuan pai tee. Rendam acuan pai tee dalam minyak panas dan kemudian celup dalam adunan dibancuh tadi. Masukkan acuan ke dalam minyak panas dan biar sebentar sehingga adunan mula mengeras. Guna hujung garfu atau penyepit untuk menolak adunan yang digoreng tadi keluar dari acuan. Bila dah mula kekuningan bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya. 

Cara menghidangkannya: masukkan bahan-bahan inti ke dalam kelongsong pai tee sejurus sebelum dihidang, tabur dengan keju dan kacang tanah goreng jika suka dan hidang bersama sos kegemaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan