Khamis, 12 Disember 2013

PERBEZAAN PELAJAR DULU DAN SEKARANG

share dari link fb ~ Islamic Articles
 
PERBEZAAN PELAJAR DULU DAN SEKARANG

• Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
• Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD

• Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
• Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok Astro pertandingan AF, Maharaja Lawak dsb.

• Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
• Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas
sekolah

• Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
• Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.

• Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
• Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.

• Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
• Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup

• Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
• Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.

Senario di atas membandingkan beberapa perkara yang berlawanan antara dahulu dan sekarang.
Sumber : blog Sajian Informasi
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan