Rabu, 11 Disember 2013

Petua Untuk Menghalau Semut atau Lipas Dalam Kereta

share dari link fb ~ ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Menghalau Semut atau Lipas Dalam Kereta

1. Elakkan meletak kereta anda bawah pokok terutamanya pokok rambutan, pokok mangga, pokok manggis. Ataupun di tempat buang sampah,tepi longkang atau tempat yang lembab.

2. Bersihkan atau cuci kereta anda luar dalam selalu. Vakum bahagian dalam, bawah tempat duduk, bawah carpet dan servis corong aircon.

3. Sembur racun semut ke dalam kereta anda.

4. Beli kapur halau semut dan lipas. Taburkan dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

5. Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan. Cara ini lipas tidak mati cuma lari keluar dari kereta. daun pandan juga boleh hilangkan bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.

6. Kayu manis juga mampu menghalau semut dan lipas.

7. Jangan tinggalkan sisa makan dan minum dalam kereta. Paling penting ialah amalan menjaga kebersihan dalam kereta. Lipas atau semut tidak akan ada kalau kereta anda sentiasa bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan