Rabu, 11 Disember 2013

RAHMAT.

share dari link fb ~AhmAd Salihin
 
RAHMAT.

"Satu keberuntungan bagi kita, yang hadir ke majlis seperti ini. Majlis yang dibangga-banggakan oleh ALLAH SWT didepan para Malaikat, perkumpulan satu kaum yang didalamnya mengingati ALLAH SWT,berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, maka ALLAH SWT menjaminkan orang-orang yang hadir majlis seperti itu, akan diberi sakinah oleh ALLAH SWT, akan diberi ketenangan jiwa didalam hati orang-orang yang hadir, dan para Malaikat turut hadir ditempat ini meliputi kita semuanya dan ikut mendoakan bagi orang-orang yang hadir ditempat seperti ini."

"Dan ALLAH SWT anugerahkan, berikan mereka-mereka yang hadir majlis seperti ini adalah hujan rahmat, dan rahmat itu adalah pemberian ALLAH SWT baik yang zahir mahupun batin, segala sesuatu yang menjadi nikmat yang ALLAH berikan kepada manusia, adalah bagian rahmat ALLAH SWT. Maka ALLAH janjikan melalui kekasih-NYA Nabi Muhammad ﷺ, barangsiapa yang hadir ke majlis seperti ini, maka ALLAH akan anugerahkan padanya rahmat. Dengan rahmat inilah terkabulnya hajat kita, dengan rahmat inilah kita akan dibebaskan dari Neraka dan masuk Syurga. Dengan rahmat inilah ALLAH SWT akan selesaikan segala permasalahan dan problem yang dihadapi oleh diri kita, atau keluarga kita, atau masyarakat kita, atau siapa saja yang kita hendaki dengan rahmat ALLAH SWT."

"Maka para jemaah yang dimuliakan ALLAH SWT, disatu negeri, disatu wilayah, disatu tempat, apabila diperbanyak majlis ilmu, majlis zikir, majlis yang mengingati ALLAH SWT, mengagungkan ALLAH, berselawat kepada Nabi ﷺ, dan mencari ilmu-ilmu syariat ALLAH yang akan menunjukkan kepada kita jalan yang benar, yang akan menunjukkan kepada kita halal dan haram, maka ALLAH SWT akan anugerahkan rahmat dinegeri tersebut. Sehingga ALLAH akan angkat bala dan bencana, musibah dan ALLAH SWT akan kurniakan ketenteraman, kebahagiaan, kenikmatan dan kejayaan bagi negeri tersebut dan penduduknya dari barakah majlis yang seperti ini."

"Kemudian, fadhilat yang keempat diberikan ALLAH SWT, disebutkan ALLAH SWT akan menyebut nama-nama kita, ALLAH akan membangga-banggakan nama kita, didepannya majlis para Malaikat yang suci. Jemaah yang dimuliakan oleh ALLAH, siapakah kita? Kita adalah manusia yang hina, yang terbuat dari air yang hina, dan kita pun akan mati menjadi barang yang hina, bangkai, tetapi ALLAH Yang Maha Suci, ALLAH Yang Maha Agung, ALLAH Yang Maha Besar, ALLAH Pemilik Segala-galanya, menyebut nama kita, membangga-banggakan nama kita, didepan makhluknya ALLAH yang maksum, dari para Malaikat kerana cintanya ALLAH majlis yang seperti ini, kerana sayangnya ALLAH majlis seperti ini, maka sungguh beruntunglah orang-orang yang hadir majlis seperti ini."

Tausiyah Al-Habib Soleh bin Muhammad Al-Jufri hafizahullah
'Malaysia Berselawat'
Stadium Hoki Bukit Jalil
07.12.2013

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

# kredit gambar: Inspired Malaysia #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan