Sabtu, 14 Disember 2013

Renungan buat diri.. [HATI YANG KOSONG]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah
 
Renungan buat diri..

[HATI YANG KOSONG]


Dalam hati kita, ada satu LOMPONG. KOSONG. 
TIDAK TERISI..

Kita semua merasakan kekosongannya. Ruang itu SUNYI.
Kita takut dengan kesunyian yang ada dalam RUANG itu.

Akhirnya..kita mencari sesuatu bagi mengisinya.
Ada yang mencari harta, ada yang mencari pasangan.
Ada yang mencarinya dengan memanjat gunung,
menyelam ke dasar lautan.

Ada yang mengisinya dengan menganiaya orang lain.
Ada juga yang mengisinya dengan cara menggembirakan
orang lain.

TETAPI.....semua itu BERPUSING dalam BULATAN....
Perasaan KOSONG itu tetap TIDAK TERISI.

Apakah kekosongan itu? Apakah yang patut diisi?

ITU adalah RUANG KHAS untuk ALLAH SWT.

KOSONG.., kerana kita tidak mengisinya dengan perkara
yang PATUT kita ISIKAN padanya; iaitu KEPATUHAN dan
KETAATAN, serta PERGANTUNGAN kita kepadaNYA.

[Hilal Asyraf, 'Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada',PTS Millennia Sdn. Bhd, ms:11]
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan