Isnin, 9 Disember 2013

Custard Cocktail Jelly

share dari link fb ~Buku Resepi
 
Custard Cocktail Jelly
Oleh:Noor Abdul Rahim

Bahan-bahan Custard :
2 cawan susu segar penuh krim
4 sudu besar tepung custard
1/2 cawan gula halus
secubit serbuk kayu manis (kalau takde tak mengapa)

Bahan-bahan Jelly :
1 paket serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin besar buah cocktail (atau ikut suka nak guna buah apa)
Pewarna jika suka

Cara-cara :

1. Bancuh tepung custard dengan sedikit susu hingga tepung tidak bergentel.
2. Campurkan bancuhan tadi dengan kesemua susu, gula & serbuk kayu manis jika ada.
3. Panaskan dengan menggunakan api perlahan & sentiasa kacau supaya tidak bergentel sehingga custard pekat.
4. Bila dah ready, pindah kan ke bekas, biarkan sejuk sedikit sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk. (tutup bekas sebelum masuk kan dalam peti sejuk)
5. Campurkan serbuk agar-agar, air, 3/4 cawan gula & masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih & gula larut.
6. Tutup api, masuk kan buah cocktail & syrupnya sekali. Titiskan pewarna jika suka. Kacau rata.
7. Tuang kan kedalam bekas & biarkan sejuk sedikit sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk.
8. Bila siap untuk dihidang, scoop custard & letak kan keatas jelly & sedia untuk dimakan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan