Oleh:Tulip Jingga
Bahan perapan:
1 ekor ayam ( dipotong 12 bahagian)
sedikit garam, serbuk lada sulah dan sedikit serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
Bahan-bahan lain:
100gram tepung gandum
50gram tepung beras
50gram tepung kentang
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
( serbuk cili tu kalau tak mau pedas boleh guna 1/2 sudu besar sahaja, dan jika mahu lagi pedas boleh tambahkan kuantitinya sehingga 2 sudu besar serbuk cili, bergantung pada level kepedasan masing-masing)
Cara-caranya
1. Perap ayam yang siap dipotong, basuh dan toskan airnya, kemudian masukkan susu segar, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam, gaul sebati, perap selama 30 minit.
2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang di dalam bekas dan kacau sebati menggunakan sudu, kemudian masukkan baking powder, serbuk cili, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam, kacau lagi, jika ade plastick ziplock boleh masukkan semua bahan dan goncang hingga sebati. (JADILAH TEPUNG HOT & SPICY)
3. Untuk menggoreng, celup ayam di dalam telur dan kemudian salut ayam dengan TEPUNG HOT & SPICY, jika mahu salutan yang lebih tebal, ulang langkah tadi sekali lagi.
4. Goreng ayam sehingga garing dan keemasan, gunakan api sederhana supaya ayam masak sekata, pastikan ayam tenggelam di dalam minyak ketika digoreng. Setelah kedua-dua belah ayam masak dan kelihatan perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, sedia dihidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan