Rabu, 11 Disember 2013

Petua Untuk Melangsingkan Tubuh

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
 
Petua Untuk Melangsingkan Tubuh

Petua 1 : Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dengan sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum 2 kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal. 

Petua 2 : Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Minum pada setiap pagi.

Petua 3 : Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Minum 2 kali sehari.

Petua 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air tersebut sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan