Selasa, 17 Disember 2013

Petua Untuk Wanita Kelihatan Jelita

share dari link fb ~ ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
 
Petua Untuk Wanita Kelihatan Jelita 

Pilihan 1: Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, dan sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang anda mampu.

Pilihan 2: Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (biarkan ia pekat seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

Pilihan 3: Ambil air kelapa muda ½ gelas dan kacau dengan 1 biji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 - 6 kali seminggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan