share dari link fb ~Syed Johan Mustaqim
Syurga itu benar dan hanya dapat diraih dengan amalan yang benar juga.
1. SYURGA FIRDAUS
2. SYURGA ’ADN
3. SYURGA NAIM
4. SYURGA MA’WA
5. SYURGA DARUSSALAM
6. SYURGA DARUL MUQAMAH
7. SYURGA AL-MAQAMUL AMIN
8. SYURGA KHULDI
Keterangan:
1). SYURGA FIRDAUS:
Syurga yang diciptakan dari emas yang merah dan diperuntukan bagi orang yang khusyuk solatnya. Menjauhkan diri dari perbuataan sia- sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluaannya, memelihara amanah, menepati janji, dan memelihara solatnya.
2). SYURGA ‘ADN:
Syurga yang diciptakan dari intan putih dan diperuntukkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah (AnNahl:30-31),
benar-benar beriman dan beramal soleh (Thaha:75-76),
banyak berbuat baik (Fathir: 32-33),
sabar, menginfaqkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan
(Ar-Ra’ad:22-23).
3) SYURGA NAIM:
Syurga yang diciptakan dari perak putih dan diperuntukkan bagi orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal soleh. Al Qalam: 34
4). SYURGA MA’WA:
Syurga yang diciptakan dari zamrud hijau dan diperuntukan bagi orang- orang yang bertakwa kepada Allah (An Najm: 15), beramal soleh (As Sajdah: 19), serta takut kepada kebesaran Allah dan menahan hawa nafsu (An Naziat : 40-41)
5). SYURGA DARUSSALAM:
Syurga yang diciptakan dari yakut merah dan diperuntukkan bagi
orang yang kuat imannya dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat
Allah serta beramal soleh.
6). SYURGA DARUL MUQAMAH:
Syurga yang diciptakan dari permata putih dan diperuntukkan bagi orang yang bersyukur kepada Allah. Kata Darul Muaqaamah bererti suatu tempat tinggal dimana di dalamnya orang-orang tidak pernah merasa lelah dan tidak merasa lesu. Tempat ini diperuntukkan kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana yang disebutkan di dalam surat Faathir ayat 35.
Sedangkan syurga Darul Muaqaamah ini terbuat dari permata
putih.
7). SYURGA AL-MAQAMUL AMIN:
Syurga yang diciptakan dari permata putih. Kata Al-Maqamul Amin menurut Dr M Taquid-Din dan Dr M Khan bererti tempat yang dan diperuntukkan bagi orang-orang yang bertakwa. Sedangkan surga Al- Maqamul Amin ini terbuat dari permata putih.
8). SYURGA KHULDI:
Syurga yang diciptakan dari marjan merah dan kuning diperuntukkan bagi orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangannya (orang-orang yang bertakwa).
SUBHANALLAH...
Semoga Allah redha dengan kita lalu memasukkan kita ke dalam salah satu SyurgaNya. Dunia ini hanya sementara, lelah untuk taat kepadaNya hanya sekejap sahaja...sabar dan terus sabar dalam melayan karenah dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan