Ahad, 15 Disember 2013

[TERKENA SERANGAN JANTUNG ATAU ANGIN AHMAR]

share dari link fb ~ Rahsia Diet Orang Melayu
[TERKENA SERANGAN JANTUNG ATAU ANGIN AHMAR]


Cara membantu sesiapa terkena serangan jantung atau angin ahmar


Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. 

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. 

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. 

Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Pada mula stroke berlaku dengan tiba-tiba mulut berbuih dan mulut makin herot. Apabila ada perkara-perkara berikut yang berlaku tanpa sebarang amaran :

• Terasa lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki, terutamanya pada sebelah bahagain badan.

• Berlaku kekeliruan dan juga kesukaran untuk bertutur atau memahami sesuatu.

• Kabur penglihatan, sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah mata

• Masalah pada pergerakan atau kawalannya (kawalatur) seperti kesukaran untuk berjalan, terasa pening dan juga hilang keupayaan mengimbang.mulut menjadi herot sebelah

Cara : bertindak secepat mungkin apabila pesakit rebah, mulut berbuih dan mulut semakin herot . Suruh Pesakit Batuk, dan Tarik kedua-dua telinga kuat dan cucuk jarum di semua hujung jarinya dan di pangkal telinga dan sekitar cuping telinga supaya darah mengalir dengan cepat dan hantar ke hospital secepat mungkin.

Rahsia Diet Orang Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan