share dari link fb ~ Haslinda Alias
"Ukhti, nak tanya boleh? Ukhti taknak ke hidup berteman? Maksud saya berkahwin?"
*Senyum*
"Siapalah yang taknak, semua orang nak. itukan salah sunnah Nabi."
"Tapi bagaimana jika mati sampai dulu sebelum sempat berkahwin?"
"Itu tandanya jodoh saya dengan mati, bukan dengan kahwin. Saya lebih risau memikirkan kematian yang semakin menghampiri daripada kahwin. Kita sepatutnya lebih bersedia hadapi hari kematian berbanding sibuk dengan urusan kahwin. Adakah kita yakin esok kita masih hidup? Adakah kita yakin jika kita mati hari ini, kita dapat masuk syurga Allah?"
"Belum tentu lagi ukhti. Allah. Usaha kita sikit sangat, amal pun tempang, ibadah lain masih cacat tapi kita beria-ia yakin macam dah jadi salah satu ahli syurga."
"Alhamdulillah, jika begitu mari kita perbaiki diri. Perbanyakkan amal. Sungguh-sungguh dalam perjuangan agama. Ada jodoh, pasti ia datang. Dan jika takda, kita dah siap sedia hadapi hari lebih berat iaitu hari kematian. Kan?"
"Betul tu ukhti, terima kasih atas nasihat ya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan